Saya sudah cuba bayar hutang (denda mahkamah) tersebut tetapi ditolak kerana dia hanya mahukan bayaran secara tunai.


harta benda yang ada kerana itu sahaja jalan yang dimiliki.


Saya sudah cuba bayar hutang (denda mahkamah) tersebut tetapi ditolak kerana dia hanya mahukan bayaran secara tunai.

Difahamkan, Ali sudah cuba berkrompomi untuk selesaikan hutang terbabit dengan harta benda yang ada kerana itu sahaja jalan yang dimiliki. 

Janganlah buat macam saya ni tidak berusaha atau buat tak tahu.. Saya tak faham bagaimana lagi caranya, apa yang dia mahu.

Tambahan pelawak itu, dengan keadaan terkini yang tidak mempunyai tawaran berlakon, jadi mustahil untuk Ali membayar wang hutang yang dituntut secara tunai.

Ali turut sempat menasihati Hidayah agar berhenti daripada memutar-belitkan kenyataan hingga membuatkan namanya buruk.

Terbaharu, Ali Puteh menerusi temu bual Boom! memaklumkan beliau yang sudah lama tidak menerima ‘job’ daripada stesen TV tampil meluahkan usaha beliau membayar hutang dengan barangan peribadi beliau.

Walau bagaimanapun, permintaan beliau untuk menjual barangan peribadinya ditolak selepas dikatakan Hidayah sekadar mahu menerima wang tunai.

“Sebab hantar surat melalui peguam dan memaklumkan kepada pihak sana untuk menyelesaikan jumlah gantirugi dan kos yang dituntut dengan menyerahkan aset dimiliki saya kepada Hidayah seperti motosikal Yamaha RXZ, 125Z dan Y15,” ulas Ali Puteh.

“Dan untuk mencukupkan jumlah yang dituntut, bakinya dibayar secara tunai. Dan perkara ini saya pernah tanya pada peguam dia (Hidayah), beliau menyatakan jika tak ada tunai, bayarlah dengan aset” tambah Ali Puteh lagi.

Beliau turut mahukan Hidayah tidak lagi memutar belitkan fakta atas apa yang berlaku.

Sementara itu, beliau memaklumkan kini memilih pendekatan untuk berniaga sambal petai dan jering berlado Ali seperti yang dilihat di TikTok bagi menampung perbelanjaan keluarga dan kehidupan seharian.

sumber : Boom!