Part 2 : Bila mak ayah uzur s4kit, sorg pun x ziarah, Anak 6 org semua berjaya, Aku nekad cari diorang sorg dan terkejut bila aku temui mereka



Sambungan Part 2

Aku tunjuk dekat ibu dengan abah aku. Ibu aku menangis sambil cakap jangan bagitahu Wak dan Embah. Masa tu lah aku tahu, Wak dan Embah dan dibuang oleh anak mereka sendiri. Dalam enam orang anak, tak ada satu pun yang boleh diharapkan.

Setiap hari tanpa jemu Embah menunggu di depan pintu dan aku lah saksinya. Macam mana lah boleh tergamak buat macam tu sedangkan kau tahu mak ayah kau susah payah cari duit besarkan kalian. Sikit pun mereka tak harapkan wang ringgit. Cukup sekadar kau datang menziarah sudah pun memadai.

Aku tahu Wak juga sedih cuma dia sedang berlakon kuat depan isterinya. Aku pun ambil cuti dalam empat hari macam tu dan bawa Wak dan Embah makan angin. Baru aku nampak senyuman di wajah tua itu. Aku tahu semua yang aku buat ni tak dapat mengubat duka yang sedang berd4rah tapi mungkin boleh mengalihkan rasa s4kit yang dilalui walaupun cuma sebentar.

Waktu silih berganti, dan rutin Embah masih sama sehingga satu hari aku dan keluarga aku dengar bunyi dentuman kuat datang dari rumah Wak. Aku dan keluarga aku berlari sepantas kilat tanpa sempat memakai selipar pun.

Bila kami sampai Wak menjerit depan muka Embah. Itu kali pertama aku nampak Wak marah. Abah aku cuba menenangkan Wak dan aku nampak air mata mengalir di pipi Wak. Air mata tua yang memberi seribu satu maksud.

Embah di sisi yang lain sudah berder4i dengan lautan air mata. Rupanya Wak minta Embah untuk lupakan anak – anak mereka. Wak menjerit “mereka dah buang kita, kita ni orang tua busuk dan miskin. Sudahlah! Bangun dari berharap. Tunggu m4ti lagi bagus daripada tunggu anak – anak kau,” aku bila dengar ni tersentak hati.

Memang terngiang – ngiang dan sampai sekarang tragedi tu kekal segar dalam ingatan aku. Tak lama lepas tu, Wak kena str0k dan Iumpuh separuh badan. Kata Dr, tekanan d4rah terlalu tinggi. Mungkin tertekan kerana teringat anak – anaknya.

Wak minta maaf pada aku sebab dia rasa dia susahkan aku. Dia suruh aku hantar dia pergi rumah orang tua – tua. Aku cakap aku boleh jaga. Wak aku dah anggap macam ayah aku. Susah nak faham apa yang Wak cakap sebab mulutnya dah herot.

Memang aku tiap malam tidur di rumah Wak dan Embah. Dan siang waktu aku bekerja, ibu yang akan uruskan makan pakai Wak. Dua bulan lepas tu, Wak meninggaI dunia. Korang tahu, malam sebelum meninggaI tu, Wak kata dia teringin nak makan pengat pisang waktu tu dah pukuI 10 malam.

Kedai semua dah tutup tapi aku ni kerah lah abah aku suruh pergi kebun ambil pisang dengan kelapa. Lepas dah siap tu, aku suap Wak makan masa tu Embah dah tidur. Wak pesan dekat aku dia minta maaf tapi untuk kalini dia minta aku jagakan Embah.

Dia rasa dia dah tak lama, dia minta maaf sebab dia terp4ksa serahkan tanggungjawab dia jaga Embah dekat aku. Dia minta aku halalkan makan minum pakai dia. Aku masa tu dah menangis macam orang giIa. Aku nampak mata dia sayu je dan air mata dia mengalir laju.

Aku kesat air mata Wak sambil cakap aku terima amanah Wak. Sepanjang malam tu aku tak tidur, aku duduk sebeIah Wak, adik aku teman Embah tidur. Tepat pukuI 5 pagi aku nampak Wak tercungap – cungap. Aku berlari balik rumah sambil menangis k3jut abah.

Abah ucap kalimah syahadah tepi telinga Wak, aku dah memang tak boleh fikir apa – apa. Embah pula menangis sambil genggam tangan Wak. Lepastu Wak hembuskan nafas terakhir. Aku rasa terpana walaupun Wak dah bagi amaran pada aku yang masa dia dah tak lama tapi dia kata, mungkin dia sempat makan nasi lemak yang aku patutnya masak lepas subuh nanti.

Urusan pengebuumian semua diuruskan oleh abah dan Allah mudahkan segala – galanya. Wak pergi dalam keadaan tersenyum dan mukanya nampak bersih sangat. Lepas Wak meninggaI, Embah jadi senyap membisu. Sepatah aku tanya, sepatahlah dia jawab.

Aku risau dan sekali lagi aku cuba hubungi anak – anaknya. Kalau bukan sebab Embah memang aku takkan hubungi. Tapi memang tak ada baIasan daripada pihak mereka. Takkan aku nak buat laporan polis. Atas dasar apa pula.

Keadaan Embah makin teruk. Badan dia makin susut dan aku bawa jumpa doktor. Doktor ada refer untuk jumpa pakar psiki4tri sebab ada simptom kemurungan. Tapi Embah tak nak sebab dia kata dia tak giIa. Susah aku nak jelaskan pada Embah berkenaan bidang psiki4tri ni bukan hanya untuk orang giIa. Faktor usia juga mempengaruhi.

Hari demi hari berlalu. Setahun lepas Wak meninggaI, Embah macam mula meracau dan dia sudah mula lupa. Walaupun baru lepas makan, Embah akan kata dia tak makan lagi. Sekali lagi aku bawa Embah ke hospitaI dan Dr sahkan embah ada dim3ntia atau orang kita panggil nyanyuk.

Dugaan demi dugaan. Aku menangis teresak – esak bila dapat tahu. Dan kalian nak tahu Embah panggil aku apa? Hajar – nama anak perempuan bongsu dia. Dia panggil sambil tersenyum kerana ingat aku anak dia. Maka setiap harilah aku menjadi Hajar.

Sejak Embah menjadi nyanyuk, dia tidak boleh renggang dengan aku. Ke mana – mana nak bersama. Bahkan tidur saja nak berpeIukan tak nak lepas. Bila aku pergi kerja, Embah tak akan makan sehingga aku balik. Puas dipujuk ibu masih tidak mahu.

Akhirnya, setelah berbincang dengan abah, aku berhenti kerja. Aku duduk di rumah hanya buat kuih dan dihantar ke kedai. Lebih mudah untuk aku pantau Embah. Dan ketika itu, Embah hanya tersenyum dan ketawa tiap kali melihat muka aku.

Sampai terkadang aku terfikir adakah ini hikmah dari Allah untuk merawat Iuka di hati Embah? Kalau kalian tanya aku, aku pun tak ada jawapan. Bukan mudah nak jaga orang tua yang sudah nyanyuk. Macam – macam ragam dan peng0rbanan yang aku buat adalah masa aku. Aku tinggalkan dunia aku untuk amanah ini.

Kadang – kadang aku datang bersih kubvr Wak sambil meluahkan isi hati. Penat? Sangat penat tapi penat yang berbaloi lepas tengok Embah tidur lena, penat siang tadi tu pun hilang. Aku tatap wajah tua tu, aku terkenang zaman kanak – kanak aku.

Wanita ini dahulunya terlalu gagah sehingga aku merasakan tidak pantas dia dapat pengakhiran begini. Tapi siapalah kita nak menentukan takdir Tuhan. Aku pasti inilah yang terbaik. Waktu ni juga aku diuji, pertunangan aku putus kerana si lelaki tidak sanggup memikul beban aku.

Dia menganggapnya sebagai beban sedangkan aku memandangnya sebagai rahmat dari Tuhan. Nantilah aku cerita, kalau ada yang nak dengar. Ibu dan abahlah penguat dan banyak sangat jasanya pada aku. Setahun setengah aku jaga Embah, lepastu Embah dipulangkan kepada Penciptanya.

Malam pemergian Embah tu sayu sama ketika perginya Wak. Kalau dulu Wak minta aku masakkan pengat pisang, kini Embah minta aku dan dia duduk di depan pintu rumah. Dia baring atas riba aku sambil aku mengelus lembut rambutnya.

Ibu, abah serta adik beradik aku juga ada duduk di belakang. Aku panggilkan semua sebab aku rasa lain macam masa tu. Ketika itu embah minta aku nyanyikan lagu kegemaran dia. Itulah sayang. Memang tiap malam aku akan nyanyikan lagu tu sambil tepuk untuk bagi Embah tidur.

Apa yang aku tak tahu, itu kali terakhir aku akan nyanyikan lagu tu untuk Embah. Suara aku tersekat – sekat menahan nangis. Ibu dengan adik – adik aku dah banjir dekat belakang. Embah pegang erat tangan aku sambil senyum melihat luar rumah.

Tiga kali aku nyanyi dan aku dapat rasa genggaman tangan Embah terlepas. Embah tercungap – cungap dan masa tu lah abah bisikkan kalimah syahadah. Embah meninggaI sambil menatap mata aku. Sekali lagi aku hilang insan yang aku sayangi.

Embah meninggaI dunia di tempat yang satu ketika dulu dia menanti kepulangan anak – anaknya. Urusan pengebuumian Embah juga dipermudahkan dan Embah dikebuumikan bersebeIahan kubvr Wak. Wak… Joy dah jaga Embah sehabis baik dan dia telah dikembalikan kepada Tuhannya.

Semoga Wak dan Embah bersatu di sana dan hanya yang indah untuk Wak dan Embah. Rehatlah sepuas – puasnya. Wak dan Embah sudahpun letih mengharungi liku – liku dunia. Cerita ni sudah 10 tahun lepas berlalu. Aku menulis ni sebab aku baru pulang dari membersihkan kubvr arw4h Wak dan Embah.

Walaupun dah 10 tahun, terasa macam baru lagi semuanya berlaku. Aku sebenarnya rindu pada Wak dan Embah. Oh ya, 2/3 tahun lepas pemergian Wak dan Embah, Hajar anaknya pulang. Masa tu aku sedang bekerja. Ibu maklumkan pada aku.

Ibu juga menunjukkan kubvr Wak dan Embah. Hajar tu tak terk3jut atau menangis pun. Ibu kata seperti tiada penyesalan. Kalau lah dia tahu bagaimana keadaan ibu dan ayahnya ketika dijemput ilahi. Tapi, kalaupun mereka tahu, ada perbezaan ke?

Tanpa segan silu dia minta Ibu serahkan kunci rumah milik orang tuanya dan tak lama lepas tu rumah itu dijual. Maka lenyaplah segala memori aku di situ. Hanya mampu merenung dari jauh. Aku berdoa supaya anak – anak Wak dan Embah tidak akan rasa apa yang Wak dan Embah rasa bila tua nanti.

Semoga anak – anak mereka akan menjaga mereka sehingga ke nafas yang terakhir. Aku akhiri kisah aku di sini dan semoga cerita ini menjadi ikhtibar kepada kalian. Mungkin baIasannya bukan di sini tapi macam mana nak lari di sana kelak? Semuanya pasti dihitung tanpa terlepas.

Maaf cerita ni agak panjang. Apa jadi dengan anak – anak mereka sekarang? Masih bahagia dan utuh sesama adik beradik. Ada ya manusia macam ni. Apa yang kalian tengok dalam drama tu memang berlaku dalam realiti.

Jaga mak ayah kita sebaik mungkin kerana reda Tuhan terletak pada reda ibu bapa. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal sepanjang hayat. Assalamualaikum.. – Joy (Bukan nama sebenar)